TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid

By
|
Kongsi
image

MELAKA18 April - Polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial bernama Lyan Liu yang didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap agama Islam, termasuk kenyataan mengajak membom masjid ketika solat Jumaat.

Tindakan individu tersebut disedari seorang peniaga berusia 68 tahun yang kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang pada jam 5.11 petang, Khamis.

Menurut peniaga itu, komen terbabit jelas menyentuh sensitiviti agama dan boleh mengganggu keharmonian masyarakat.

“Saya sangat tidak berpuas hati dengan komen tersebut kerana ia melibatkan isu agama. Sebab itu saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kes ini kini dikendalikan oleh pegawai penyiasat dari Johor memandangkan laporan pertama telah dibuat di Balai Polis Tampoi. Oleh itu, siasatan akan dirujuk kepada lokasi laporan pertama diterima,” katanya.

Pihak polis menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang kandungan sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan kebencian antara kaum serta agama. - Media Telus

+ - reset