TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang

By
|
Kongsi
image

MACHANG 18 April - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 29 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Labok, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya yang berusia 64 tahun kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Machang namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Bapanya kemudiannya membuat laporan polis pada jam 10.16 malam hari sama.

"Pemeriksaan fizikal terhadap mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan mencurigakan yang berkait dengan unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

+ - reset