Berita Berita
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP

PETALING JAYA 18 April - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan seramai 12,787 pengarah syarikat telah disekat daripada meninggalkan negara kerana gagal melunaskan caruman pekerja masing-masing.
Menurut KWSP, tindakan itu melibatkan 13,820 majikan yang tidak membuat pembayaran caruman dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun tahun lalu. Jumlah ini mewakili 2.02 peratus daripada keseluruhan 685,399 majikan yang berdaftar dengan KWSP.
KWSP merupakan dana persaraan terbesar negara yang ditubuhkan untuk membantu pekerja menyimpan bagi persaraan mereka.
Dalam kenyataannya, KWSP turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana majikan yang terus ingkar.
“Kegagalan majikan membuat caruman dalam tempoh ditetapkan adalah satu kesalahan serius. KWSP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk tindakan sivil dan jenayah demi melindungi hak pekerja,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm