Berita Dunia
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung

LONDON 18 April - Empat orang dilaporkan maut dalam satu kemalangan melibatkan kereta kabel yang berlaku berhampiran bandar Naples, selatan Itali pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu yang memetik sumber daripada agensi berita nasional Itali, ANSA.
Insiden tragis itu berlaku di Gunung Faito, berdekatan kawasan pelancongan popular Sorrento, ketika keadaan cuaca buruk dengan angin kencang dan kabus tebal.
Menurut pasukan penyelamat, sebuah kereta kabel terhempas mengakibatkan empat kematian, manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Rakaman yang disiarkan oleh penyiar awam RAI menunjukkan 16 penumpang lain yang berada dalam kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan oleh pasukan kecemasan.
Ketua Wilayah Campania, Vincenzo De Luca memaklumkan kepada RAI bahawa operasi menyelamat berdepan cabaran besar disebabkan cuaca yang sangat tidak mengizinkan, termasuk kabus tebal dan angin kuat yang melanda kawasan pergunungan tersebut.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.- Agensi
Berita berkaitan
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
March 30, 2025, 10:22 am