TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 18 April - Seorang pengurus tapak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian yang berlaku pada 14 April lalu.

Tertuduh, R. Suresh Khanna, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut kertas pertuduhan, Suresh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki, B. Nagarajah, 40, menggunakan senjata berbahaya iaitu sebilah parang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 8.10 malam di Tingkat 1, Kedai Alat Telekomunikasi 101 Gadgets, Seremban Gateway, Off Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes ini melibatkan kesalahan serius yang boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan keluarga mangsa.

Namun, peguam bela tertuduh, Thayalan Moorthy merayu agar jaminan minimum diberikan dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa secara sukarela.

Menurut Thayalan, anak guamnya yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu turut menghidap beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, gout, ulser dan gastrik sejak tahun 2004. - Media Telus

+ - reset