TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL roboh gerai di Bandar Tun Razak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi merobohkan dua struktur gerai di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, pagi ini.

Menurut kenyataan DBKL, tindakan itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn Bhd, di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

DBKL memaklumkan bahawa operasi bersepadu tersebut berjalan lancar dan pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang.

Terdahulu, DBKL turut merobohkan lapan struktur haram yang dibina di kaki lima sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dalam operasi serupa. Orang awam yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan struktur haram boleh menghubungi DBKL melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my. - Media Telus

+ - reset