TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

12,110 kes penipuan dalam Talian direkodkan, kerugian RM573.7 juta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 April - Sebanyak 12,110 kes penipuan dalam talian dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sehingga Mac, melibatkan kerugian mencecah RM573.7 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, peningkatan kes ini berkait rapat dengan penggunaan platform digital yang semakin meluas, terutama menjelang musim perayaan. Jenayah melibatkan e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa perkembangan teknologi seperti laman web tiruan, identiti palsu, chatbot, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) termasuk teknologi 'deepfake' telah dimanipulasi penjenayah untuk memperdaya mangsa.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan menyemak latar belakang mana-mana individu atau entiti sebelum membuat transaksi dalam talian. PDRM juga menggalakkan orang awam menggunakan portal rasmi seperti SemakMule untuk mendapatkan maklumat sahih dan mengelak menjadi mangsa penipuan. - Media Telus

+ - reset