Berita Berita
Budak 3 tahun lemas di kolam renang inap desa di Teluk Kumbar

BAYAN LEPAS 18 April - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di sebuah inap desa di Teluk Kumbar di sini, semalam.
Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke Hospital Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata siasatan mendapati bapa mangsa berusia 46 tahun membawa tiga anak termasuk kanak-kanak itu ke inap desa berkenaan untuk bertemu kenalannya yang datang dari Kuala Lumpur.
Katanya, ibu mangsa tidak ikut bersama kerana sedang bekerja sebagai operator kilang.
"Kira-kira jam 10.15 malam, rakannya menyedari kanak-kanak terbabit tiada dalam bilik sebelum mereka bergegas mencari mangsa.
"Mangsa yang juga anak bongsu ditemukan terapung di kolam mandi inap desa itu dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hasil laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm