Berita Berita
HTAR sesak hingga tak cukup wad, ramai sakit selepas raya

KUALA LUMPUR 18 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah segera bagi mengatasi isu kesesakan pesakit dan kekurangan wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kekangan itu berpunca daripada lonjakan kedatangan pesakit di Jabatan Kecemasan HTAR susulan pasca Aidilfitri.
Menurut Dzulkefly, pihaknya sedang menggerakkan pesakit yang telah discaj tetapi sedang menunggu ahli keluarga untuk menjemput mereka ke kawasan rehat, bagi mengosongkan lebih banyak katil.
“Selain itu, katil tambahan telah diletakkan di zon-zon tertentu sementara menunggu penempatan ke wad.
“Kita juga memobilisasi kakitangan tambahan untuk membantu menghadapi lonjakan pesakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial berhubung lambakan pesakit di Jabatan Kecemasan HTAR yang tidak dapat ditempatkan di wad meskipun sudah tiga hari dimasukkan ke hospital berkenaan.
Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, beliau sedar akan kesulitan itu dan sangat menghargai kerjasama para pesakit serta ahli keluarga mereka.
“Pihak KKM akan memberikan makluman lanjut dalam masa terdekat,” jelasnya.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm