TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 17 April – Tindakan pantas pasukan peronda Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai hampir RM15 juta dalam satu operasi dramatik di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, semalam.

Operasi yang dijalankan dari jam 10 pagi hingga 1 petang itu merupakan sebahagian daripada Operasi Utama Zon Timur di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejayaan tersebut bermula dengan maklumat awam mengenai sebuah Mitsubishi Triton putih yang memecut laju melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Pasukan peronda segera membuat pemantauan sebelum menemui kenderaan tersebut ditinggalkan di Kilometer 211 LPT1 arah ke Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Pemeriksaan mendapati tujuh plastik hitam di bonet belakang mengandungi 140 bungkusan kristal jernih bertulisan ‘Chinese Pin Wei’, dipercayai dadah jenis syabu. Lebih mengejutkan, 15 plastik hitam lagi ditemukan di bahagian penumpang hadapan, mengandungi 300 bungkusan dadah sama.

“Keseluruhannya, kita merampas 22 plastik hitam yang mengandungi 440 bungkusan syabu seberat 468.3 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan mencecah RM14.98 juta,” katanya.

Identiti suspek masih dalam siasatan dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan. - Media Telus

+ - reset