TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 17 April - Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhubung sabitan dan hukuman terhadap empat kesalahan pecah amanah melibatkan dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan ditentukan Mahkamah Rayuan pada 24 April ini.

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memaklumkan bahawa mahkamah perlu meneliti semua hujah yang dikemukakan sebelum membuat keputusan.

Syed Saddiq, dalam sidang media selepas prosiding, menyatakan keyakinannya terhadap sistem kehakiman negara. Beliau berkata dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada institusi kehakiman serta hakim-hakim yang mendengar rayuan tersebut. Beliau turut meluahkan rasa terhutang budi kepada mereka yang mendoakan dan menyokongnya secara berterusan, termasuk yang mengadakan bacaan Yassin secara dalam talian.

Menurut beliau, segala langkah yang diambil adalah untuk menuntut keadilan dan membersihkan namanya serta memulihkan integriti yang tercalar akibat pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Syed Saddiq merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta ke atas dirinya.

Dalam hujahan hari ini, pasukan pembelaan yang diketuai oleh Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik menjelaskan bahawa wang sebanyak RM1 juta yang dikeluarkan daripada dana Armada digunakan untuk program-program kebajikan parti dan bukannya untuk tujuan peribadi. Malah, mereka turut menunjukkan bukti bahawa Syed Saddiq menggunakan wang simpanannya sendiri dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM170,000, iaitu lebih tinggi daripada jumlah sumbangan awam yang diterima sebanyak RM120,000.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan. - Media Telus

+ - reset