Berita Berita
40 laporan polis diterima berhubung isu Jalur Gemilang disiar tidak lengkap

KUALA LUMPUR 17 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 40 laporan setakat hari ini berhubung tindakan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap di muka hadapannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, semua laporan itu diterima di seluruh negara sejak semalam susulan tersebarnya gambar ilustrasi bendera Malaysia tanpa bulan sabit di media sosial.
“Setakat ini sudah ada 40 laporan diterima terhadap akhbar berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pihaknya telah memanggil Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang akhbar Sin Chew Daily bagi merakam keterangan berhubung kesilapan tersebut.
Proses rakaman keterangan itu dijalankan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) petang ini sekitar jam 1 tengah hari.
Kedua-dua individu terbabit dipanggil memandangkan mereka bertanggungjawab meluluskan penggunaan gambar tersebut, termasuk pereka grafik yang menghasilkan ilustrasi itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sebelum ini, isu tersebut mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit dipaparkan bersebelahan bendera China di muka depan akhbar berkenaan.
Berikutan insiden itu, Sin Chew Daily telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan rasmi, mereka menjelaskan insiden tersebut berpunca daripada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.
Razarudin sebelum ini memaklumkan siasatan awal telah dibuka selepas menerima 13 laporan polis dan jumlahnya terus meningkat susulan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap perkara berkenaan.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm