TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempa bumi sederhana landa Selatan Bali, tiada ancaman Tsunami – MetMalaysia

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 17 April - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud melanda kawasan Selatan Bali, Indonesia pada jam 12.34 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer, berpusat di lokasi 11.5 darjah Selatan dan 115.7 darjah Timur, iaitu kira-kira 321 kilometer di Selatan Denpasar, Indonesia.

“Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.3 pada skala Richter berlaku pada jam 12:34 tengah hari waktu Malaysia. Pusat gempa berada 321km di Selatan Denpasar, Bali,” menurut kenyataan itu.

Walaupun gegaran berlaku pada kedalaman yang agak cetek, MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Sehingga kini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan daripada pihak berkuasa Indonesia, namun agensi berkaitan dijangka akan memantau situasi secara berterusan. - Media Telus

+ - reset