Berita Berita
Lawatan Xi Jinping simbol persahabatan teguh Malaysia-China – PM Anwar

KUALA LUMPUR 17 April - Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia disifatkan sebagai simbol keakraban dan hubungan persahabatan sejati antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran Xi ke Malaysia menggambarkan betapa eratnya ikatan diplomatik antara Putrajaya dan Beijing, berteraskan kepercayaan, saling hormat-menghormati serta kejujuran.
“Pepatah Melayu menyebut, air dicincang tidak akan putus. Begitu juga ikatan antara Malaysia dan China yang diuji waktu, namun tetap bersemi dan tidak terlerai,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Menurut Anwar, dalam dunia yang semakin mencabar dengan perubahan landskap geopolitik global, China terus menjadi rakan strategik yang rasional, stabil dan berprinsip, dan Malaysia menghargai kestabilan yang ditunjukkan oleh Beijing.
“Malaysia akan terus menjadi sahabat sejati kepada China – berpaksikan sejarah dan berwawasan masa depan. Moga persahabatan Malaysia-China terus mekar sedalam lautan, seteguh bintang di langit dan segemilang harapan masa depan,” ujar beliau.
Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan Presiden Xi yang menurutnya lantang menyuarakan prinsip keadilan, kemakmuran bersama dan nilai kemanusiaan sejagat, berbeza dengan segelintir negara yang kini semakin meninggalkan tanggungjawab kolektif.
“Presiden Xi memperjuangkan pendekatan yang mengangkat ketamadunan dan kemanusiaan, bukan permusuhan atau pemusatan kuasa. Pendiriannya sangat berbeza berbanding negara yang menjadikan ekonomi sebagai senjata geopolitik,” katanya.
Tingkat Hubungan Diplomatik
Lawatan Xi ke Malaysia adalah atas jemputan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan merupakan kunjungan rasmi kedua beliau ke negara ini selepas lawatan sulung pada 2013.
Lawatan selama tiga hari itu turut menyaksikan Presiden Xi menerima sambutan negara di Dataran Parlimen, menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara serta menghadiri jamuan negara di Seri Perdana yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
Semasa lawatan pertama Xi pada 2013, hubungan diplomatik Malaysia-China telah diperkukuh dengan pemeteraian status Perkongsian Strategik Komprehensif – menjadi asas kepada pelbagai bentuk kerjasama dua hala merangkumi ekonomi, pelaburan, budaya dan pendidikan.
Presiden Xi dan delegasinya berlepas ke Kemboja hari ini selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari yang menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. - Media Telus
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm