TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

Harga emas dijangka cecah RM496.24 segram menjelang akhir tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 April - BIMB Securities menjangkakan harga emas akan melonjak ke AS$3,500 seauns (RM496.24 segram) menjelang akhir 2025, didorong oleh kemerosotan dolar AS, ketidaktentuan pasaran dan sentimen geopolitik global.

Menurut firma itu, pelabur kini melihat emas sebagai aset strategik, bukan sekadar pelindung inflasi, memandangkan krisis bon AS, dasar agresif pentadbiran Trump, serta peningkatan permintaan institusi – termasuk pembelian besar-besaran oleh bank pusat China.

Permintaan emas oleh institusi global kini mewakili 26.1% daripada jumlah keseluruhan, dua kali ganda berbanding sedekad lalu.

BIMB turut menyatakan bahawa harga emas mungkin mengalami pembetulan jangka pendek akibat pengambilan untung atau pemulihan dolar, namun ia hanya dilihat sebagai peluang beli, bukan ancaman terhadap trend kenaikan jangka panjang. - Media Telus

+ - reset