Berita Berita
Selepas Sin Chew Daily, akhbar Kwong Wah Yit Poh pula siar gambar Jalur Gemilang tiada bulan

KUALA LUMPUR 17 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak media Kwong Wah Yit Poh bagi memberi penjelasan berhubung satu laporan yang memuat naik gambar bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap di akaun Facebook rasmi media berkenaan hari ini.
MCMC dalam kenyataan berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), khususnya Seksyen 233 memandangkan kesalahan adalah melibatkan kandungan yang dimuat naik secara dalam talian.
“MCMC memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan,” katanya semalam.
MCMC turut memberi amaran tegas kepada semua pihak, termasuk organisasi media dan orang awam agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh disifatkan sebagai mempersendakan atau menampilkan bendera Malaysia dalam bentuk yang tidak lengkap.
Jelas suruhanjaya itu, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan.
“MCMC komited untuk memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial berkait hantaran Facebook Kwong Wah Yit Poh yang memaparkan muka depan akhbar berkenaan dengan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm