Berita Berita
Komited banteras buli, MARA mulakan Mara mulakan pengambilan bekas pegawai tentera, polis jadi warden MRSM
KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan satu projek rintis melibatkan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk ditempatkan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terpilih.
Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah ini merupakan inisiatif proaktif pihaknya dalam memperkukuh disiplin pelajar serta merealisasikan matlamat ‘sifar buli’ di institusi pendidikan berprestij itu.
“Cadangan ini telah saya bangkitkan dalam Majlis Mara dan telah dipersetujui sebulat suara. Buat permulaan ini, projek rintis (pilot) akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini.
“Kerjasama juga akan dilakukan dengan persatuan veteran tentera dan bekas polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.
Katanya, Bahagian Pendidikan Menengah Mara akan bertanggungjawab menggubal garis panduan terperinci melibatkan terma-terma rujukan, tanggungjawab serta bidang tugas warden yang akan dilantik.
“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
“Ini juga bagi memastikan matlamat Mara untuk sifar buli di MRSM benar-benar mampu direalisasikan,” ujarnya.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 4:46 pm
Jurukimpal dipenjara tiga tahun kendali wang kumpulan Daesh
December 16, 2025, 4:24 pm
Anak-anak SM Mohamed Idris bantah penglibatan Anwar dalam pelancaran buku
December 16, 2025, 4:17 pm
KKM haramkan vape 2026
December 16, 2025, 4:05 pm
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
December 16, 2025, 2:55 pm
FAM nafi semua Exco diminta letak jawatan
December 16, 2025, 2:37 pm
Malas, ibu bapa kurang pantau, 3,000 pelajar di Melaka ponteng sekolah setiap hari
December 16, 2025, 2:09 pm
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Januari 2026 - SPR
December 16, 2025, 1:19 pm
