Berita Berita
Penguatkuasa MBI ditumbuk individu cuba halang sitaan

IPOH 17 April - Kekecohan tercetus ketika operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sebuah restoran di Menglembu di sini apabila seorang anggota penguat kuasa didakwa ditumbuk individu yang cuba menghalang tindakan sitaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.43 petang Rabu daripada seorang anggota MBI berusia 40 tahun yang mendakwa menjadi mangsa dalam insiden itu.
“Hasil siasatan awal mendapati kekecohan bermula apabila seorang pekerja restoran tidak berpuas hati dengan tindakan MBI menyita kerusi dan meja premis tersebut selepas menerima aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.
“Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba menghalang tugas anggota penguat kuasa, sebelum salah seorang daripada mereka ditumbuk,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Setakat ini, beberapa saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan dan pihak polis turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat tampil menyalurkan kepada Inspektor Sheikh Fateeha Iman di talian 010-2908095 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Terdahulu, beberapa video memaparkan insiden kekecohan itu tular di media sosial, dipercayai berlaku di sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu pagi semalam.
Sementara itu, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat memaklumkan satu pertemuan rasmi akan diadakan melibatkan Ahli Majlis MBI, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan, Jabatan Penguatkuasa MBI dan pemilik restoran bagi menjernihkan keadaan serta memberi penjelasan berhubung kejadian.
Beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak mengaitkan insiden tersebut dengan sebarang sentimen perkauman.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 9:30 am
Pengawal keselamatan tembak lelaki amuk di restoran di Kuala Langat
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm