TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak sempat buka pagar kilang, pengawal keselamatan terperosok bawah lori kargo bergerak sendiri

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 17 April - Seorang pengawal keselamatan wanita berdepan detik cemas apabila tersepit di bawah sebuah lori kargo selama lebih 20 minit dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tampoi, di sini petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Abdul Wahab Nasir, kejadian berlaku ketika lori kargo terbabit sedang cuba memasuki kawasan sebuah kilang.

"Ketika itu, pengawal keselamatan berkenaan cuba membuka pintu pagar beroda tetapi gagal. Dia kemudian meminta bantuan seorang lelaki untuk membukanya.

"Namun semasa menunggu pagar itu dibuka, lori kargo berkenaan dipercayai tiba-tiba bergerak sendiri tanpa disedari, sebelum melanggar mangsa dan menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan," katanya.

Susulan kejadian, pihak pengurusan kilang segera menghubungi bomba untuk bantuan kecemasan.

"Pasukan kami tiba di lokasi dan berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas 'air lifting'. Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Punca sebenar lori bergerak secara tiba-tiba masih dalam siasatan.

+ - reset