Berita Berita
Polis buru pencuri tegar pakaian wanita dalam termasuk milik warga emas di Seremban

SEREMBAN 17 April - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi pelik dikesan berulang kali mencuri pakaian dalam wanita di Kampung Baru Rasah di sini, termasuk pakaian milik warga emas.
Tindakan suspek terbongkar selepas pemilik rumah yang sudah tidak tahan dengan kejadian berulang itu bertindak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 27 tahun berhubung kehilangan beberapa helai pakaian dalam miliknya.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa memaklumkan kejadian kehilangan itu sudah beberapa kali berlaku sebelum ini dan dia percaya individu yang sama terlibat.
"Apa yang pelik, hanya pakaian dalam wanita sahaja yang dicuri, manakala pakaian lain termasuk pakaian lelaki tidak diusik. Kejadian terbaharu pula berlaku malam tadi," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, sebelum ini mangsa pernah membuat laporan polis dan dinasihatkan memasang CCTV bagi memantau keadaan di sekitar rumah.
"Berdasarkan rakaman CCTV, suspek dilihat terlebih dahulu memandu ke kawasan berhampiran sebelum memastikan keadaan sepi. Dia kemudian memanjat tembok berhampiran pagar, memilih pakaian yang disidai di garaj dan melarikan diri bersama beberapa helai pakaian dalam, termasuk seluar pendek dan skirt.
"Menariknya, rakaman turut menunjukkan suspek menggunakan kenderaan yang mempunyai logo sebuah syarikat," katanya.
Susulan itu, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti suspek dan yakin penahanannya dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm