Berita Berita
'Takkan diam saja, ini satu penghinaan' - Dr Akmal mahu Menteri Komunikasi ambil tindakan tegas ke atas Sin Chew Daily

KUALA LUMPUR 16 April - Pemuda UMNO mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit dalam penerbitan akhbar Sin Chew Daily, semalam.
Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata meskipun permohonan maaf sudah dibuat pihak pengurusan syarikat akhbar itu, namun ia tidak mencukupi kerana kesilapan mereka membabitkan kedaulatan serta maruah negara.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mahu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengambil tindakan sebagai pengajaran pihak lain supaya tidak melakukan perkara serupa.
"Isu ini serius kerana yang membabitkan kedaulatan negara. Jadi, saya mohon Menteri Komunikasi tolong ambil tindakan syarikat akhbar berkenaan.
"Takkan didiamkan saja kerana bagi saya ia adalah satu penghinaan, apatah lagi dilakukan oleh akhbar yang sudah lama bertapak di negara ini," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.
Semalam, akhbar Sin Chew Daily berdepan kritikan hebat selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya.
Insiden itu berlaku sempena liputan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, di mana bendera Malaysia dipaparkan bersama bendera China dalam ilustrasi berkenaan.
Kesilapan itu mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk kecuaian dan tindakan yang tidak sensitif.
Susulan itu, pihak Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekhilafan berkenaan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan terhadap akhbar terbabit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata siasatan dilakukan selepas PDRM menerima tiga laporan polis berhubung perkara itu.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm