TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

2 budak dirogol bapa, bapa saudara di Kelantan datang balai polis sendiri buat laporan

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 16 April - Polis mendedahkan pihaknya menerima aduan daripada dua kanak-kanak masing-masing berusia 13 dan 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa serta bapa saudara semalam.

Aduan tersebut dibuat setelah kedua kanak-kanak perempuan itu melihat pendedahan dibuat oleh Polis Kelantan yang tular di TikTok sehingga mendorong mereka berani berbuat demikian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua mangsa tampil membuat aduan satu di Tanah Merah dan Kuala Krai.

"Untuk kes di Tanah Merah mangsa dirogol oleh bapa serta dua bapa saudaranya sejak tahun lalu.

"Manakala di Kuala Krai pula mangsa dirogol oleh bapanya juga sejak tahun lepas," katanya kepada dalam laporan Sinar Harian semasa sidang akhbar di Hotel Perdana, hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut melihat isu rogol serta sumbang mahram yang didedahkan oleh Polis Kelantan tular di TikTok sebelum berani tampil membuat aduan tersebut.

Ujarnya, mereka sendiri tampil ke balai polis dan membuat aduan dan sekarang ini kes terbabit sedang disiasat serta menunggu laporan kesihatan daripada pihak doktor.

Mohd Yusoff memberitahu, kesemua suspek yang dilaporkan telah ditahan.

"Kami (Polis Kelantan) mengalu-alukan mangsa untuk hadir dan membuat laporan sendiri di balai polis.

"Walaupun bawah umur dan datang sendirian, kami akan menerima sebaik mungkin," katanya.

Ujar beliau, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan pendedahan Mohd Yusoff bahawa sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan iaitu meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes.

Kebanyakan mangsa rogol dan pelaku merupakan kanak-kanak membabitkan usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki sehingga ada yang mengandung.

Selain itu, kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan juga membimbangkan yang mana kebanyakannya membabitkan kes suka sama suka.

+ - reset