Berita Berita
Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tidak boleh diterima - Agong

KUALA LUMPUR 16 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa bendera merupakan lambang kedaulatan negara yang perlu dihormati dan tidak boleh dipersendakan.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda, Seri Paduka menegaskan bahawa bendera sesebuah negara bukan sekadar kain bercorak berwarna-warni, sebaliknya membawa makna besar sebagai identiti negara, mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyatnya.
“Kita sebagai rakyat harus mengibarkan bendera dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan perkara itu sama sekali tidak boleh diterima,” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan lebih peka serta melakukan semakan teliti terhadap bahan siaran sebelum diterbitkan.
Terdahulu, akhbar Sin Chew Daily telah menyiarkan ilustrasi muka hadapan yang memaparkan jong mengibarkan bendera Malaysia dan China sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara ini.
Bagaimanapun, Jalur Gemilang yang dipaparkan tidak mempunyai lambang bulan sabit.
Susulan itu, Sin Chew dalam permohonan maaf yang diterbitkan semalam menyatakan kekesalan atas ‘kesilapan teknikal’ tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Akhbar itu turut membetulkan ilustrasi di versi digital serta menerbitkan semula ilustrasi yang diperbetulkan dalam edisi cetak hari ini.
Untuk makluman, bendera Malaysia terdiri daripada 14 jalur merah dan putih berselang-seli serta lambang bulan sabit dan bintang 14 mata, dikenali sebagai Bintang Persekutuan.
Jalur berkenaan melambangkan status yang sama antara 13 negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala 14 mata bintang mewakili perpaduan antara kesemua entiti tersebut. Bulan sabit pula melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm