TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Itu saja yang kosong' - Kerajaan Selangor nafi penempatan sementara mangsa Putra Heights ‘terpencil’ ​

By
|
Kongsi
image

SEPANG 16 April - Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa lokasi rumah sewa sementara yang disediakan untuk mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights terletak di kawasan terpencil.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah menjelaskan, pemilihan Pangsapuri Seri Suria di Kota Warisan dibuat kerana ia merupakan lokasi yang mempunyai unit kosong dan sesuai untuk disewa dalam tempoh segera.

Menurut beliau, beberapa unit kediaman lain yang berdekatan dengan kawasan insiden telah disewa sepenuhnya, menjadikan Pangsapuri Seri Suria sebagai pilihan yang paling praktikal ketika ini.

“Kita sebenarnya mencari unit yang masih kosong. Beberapa lokasi lain di Selangor telah penuh disewa. Buat masa ini, unit kosong hanya terdapat di Pangsapuri Seri Suria. Lagi pula, jarak dari Putra Heights ke sini sekitar 30 kilometer sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Sementara kepada mangsa insiden letupan tersebut di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, di sini hari ini.

Tambah Borhan, pihaknya turut mengambil kira faktor kemudahan sedia ada di kawasan berkenaan serta ada dalam kalangan mangsa yang sebelum ini telah biasa berulang alik ke kawasan tersebut untuk bekerja.

“Kemudahan di sini lengkap dan sesuai untuk dijadikan penempatan sementara,” ujarnya.

+ - reset