Berita Berita
'PAS dah larang awal' - Aksi separuh bogel di Pesta Songkran Batu Feringghi undang kecaman rakyat

GEORGE TOWN 16 April - Tindakan beberapa wanita menari dalam keadaan separuh bogel di atas pentas sempena pesta Songkran di Batu Feringghi baru-baru ini mencetuskan kecaman ramai netizen selepas rakaman video insiden tersebut tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, sekumpulan wanita kelihatan menari dengan pakaian yang dianggap tidak sopan di atas pentas utama, sambil diperhatikan ratusan pengunjung yang hadir ke acara berkenaan.
Acara yang dipercayai berlangsung di kawasan pantai itu turut menampilkan pancuran air dan muzik rancak, menyerupai suasana pesta air popular di Thailand.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah aksi peserta wanita yang disifatkan sebagai tidak sopan dan tidak menghormati budaya tempatan serta sensitiviti masyarakat Islam.
Difahamkan, pesta tersebut dianjurkan oleh sebuah pihak swasta pada Sabtu dan Ahad lalu bersempena sambutan Songkran, bermula pukul 4 petang hingga lewat malam.
Berdasarkan poster promosi acara, orang ramai yang berminat untuk menyertai pesta air itu perlu mendapatkan tiket berharga antara RM60 hingga RM120 seorang.
Selain aktiviti bermain air dan persembahan muzik, acara turut dimeriahkan dengan jualan makanan Thai dan persembahan api.
Sebelum ini, penganjuran acara berkenaan turut mendapat bantahan daripada Pas Pulau Pinang.
Ketua Penerangannya, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan menyifatkan program tersebut sebagai satu penganjuran yang tidak menjaga adab dan nilai murni dalam masyarakat serta bertentangan dengan ajaran agama.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm