TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 16 April - Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam insiden tetak di sebuah pusat beli-belah di sini pada Isnin lalu berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun diberkas di sekitar Port Dickson kira-kira jam 5 petang, Selasa.

“Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dan kekerasan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Kes turut diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan selepas mangsa disahkan mengalami kecederaan parah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki cedera selepas diserang dan ditetak oleh sekumpulan individu bersenjata parang di sebuah pusat beli-belah. Rakaman CCTV kejadian itu turut tular di media sosial.

Menurut Mohamad Hatta, pihak polis percaya motif serangan berpunca daripada unsur dendam dan melibatkan kegiatan gengsterisme. - Media Telus

+ - reset