Berita Sukan
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil

JOHOR BAHRU 16 April - Final Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan sambutan dingin dalam kalangan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan jumlah penjualan tiket setakat ini agak mengecewakan.
Menurut Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak JDT (KPBJDT), Mohd Fadzli Sapie, hanya sekitar 15,000 tiket berjaya dijual kepada penyokong Harimau Selatan, angka yang dianggap rendah berbanding perlawanan akhir sebelum ini.
"KPBJDT hanya menempah 600 tiket dan 15 buah bas. Ada peningkatan sedikit berbanding final Piala FA Ogos lalu, tapi situasi masih sendu,” katanya.
Lawannya Sri Pahang, Bukan 'Pesaing Tradisi'
Antara punca utama sambutan suam-suam kuku ini, kata Fadzli, ialah kerana lawan JDT pada malam final nanti adalah Sri Pahang, yang dilihat kurang memberi tarikan berbanding pasukan seperti Selangor FC.
“Kalau lawan Selangor FC, pasti tiket laris macam goreng pisang panas. Bukan hendak memperlekehkan Sri Pahang, tapi ini realitinya dari sudut keghairahan penyokong.”
Beliau turut berkongsi bahawa kumpulan penyokong utama JDT, Boys of Straits (BOS), hanya menempah 60 buah bas, jauh lebih rendah berbanding 100 buah bas semasa final Piala FA lalu.
Fokus Persiapan Sambutan Kejuaraan Liga
Tambah Fadzli, para petugas marsyal Stadium Sultan Ibrahim tidak menganjurkan perjalanan rasmi ke Bukit Jalil, dipercayai memberi tumpuan kepada sambutan kejuaraan Liga Super JDT yang dijadualkan berlangsung pada 27 April, sehari selepas final. - Media Telus
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm