Berita Berita
Semua 14 kaunter cawangan Panji dibuka, dakwaan kena sidai 5 jam tak logik - JPJ Kelantan

KOTA BHARU 16 April — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan bahawa hanya beberapa kaunter beroperasi sehingga menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu berjam-jam untuk berurusan di pejabat jabatan itu.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, semua kaunter beroperasi seperti biasa kecuali ketika waktu rehat, selaras dengan arahan Ketua Pengarah JPJ sejak Oktober tahun lalu yang mahu perkhidmatan kaunter dipercepatkan.
“Sejak Oktober lalu, semua 14 kaunter dibuka, manakala satu lagi kaunter digunakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Beberapa kaunter hanya ditutup sementara waktu rehat sahaja. Malah, hingga kini, tiada sebarang aduan rasmi diterima berkaitan kelewatan urusan di kaunter,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, operasi di semua kaunter berjalan lancar dan turut dipantau secara langsung melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabatnya.
Mohd Misuari turut meminta orang ramai yang mengalami masalah kelewatan mendapatkan perkhidmatan supaya tampil memberikan maklumat terperinci bagi memudahkan pihaknya menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Jika benar ada pelanggan terpaksa menunggu sehingga lima jam, saya mohon maklumat terperinci bila dan di kaunter mana insiden itu berlaku.
"Kita tidak akan berkompromi sekiranya ada kaunter ditutup tanpa alasan munasabah kerana keutamaan kita adalah memudahkan pelanggan,” jelasnya.
Terdahulu, tular aduan orang awam yang mendakwa hanya beberapa kaunter dibuka di JPJ cawangan Panji hingga menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu hampir lima jam untuk menyelesaikan urusan berkaitan kenderaan.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm