Berita Berita
Ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit: “Bukan Kecuaian, Tapi Strategi Visual” – Pensyarah

KUALA LUMPUR 16 April - Imej Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang dipaparkan pada muka depan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025 bukan sekadar kecuaian teknikal, sebaliknya mencerminkan suatu strategi visual yang membabitkan identiti kebangsaan, menurut analisis seorang pensyarah.
Dr Azizul Azli Ahmad, pensyarah dan pakar kewangan, berkata ilustrasi tersebut membawa mesej simbolik mendalam dan boleh ditafsir sebagai satu bentuk “de-Islamisasi visual”, memandangkan bulan sabit adalah elemen utama yang mewakili Islam dalam bendera Malaysia.
“Ketiadaan bulan sabit ini bukan hanya kehilangan bentuk, tetapi juga kehilangan makna. Ia menimbulkan persoalan sama ada media sedang cuba membentuk naratif baharu Malaysia yang lebih sekular atau neutral terhadap agama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, analisis semiotik ke atas visual itu menunjukkan bahawa Jalur Gemilang yang tidak lengkap dilihat sebagai metafora kepada perubahan identiti negara — seolah-olah Malaysia sedang menuju masa depan dengan mengorbankan simbol-simbol penting, termasuk Islam, demi menyesuaikan diri dengan kuasa besar seperti China.
“Bendera China dalam ilustrasi itu dipaparkan lengkap dan berkibar dengan megah, manakala Jalur Gemilang tampak ‘cacat’. Ini mencipta gambaran visual bahawa Malaysia ialah rakan yang lemah atau kehilangan arah identiti dalam hubungan dua hala,” jelasnya.
Dr Azizul turut menegaskan bahawa dalam komunikasi visual, setiap imej membawa mesej dan niat tertentu. Jika manipulasi simbol kebangsaan dilakukan oleh media, ia bukan lagi kesilapan biasa, tetapi satu bentuk strategi untuk membentuk realiti dan ideologi baharu.
“Apabila media menghilangkan satu simbol penting seperti bulan sabit, ia mungkin langkah awal menulis semula naratif negara bukan melalui kata-kata, tetapi menerusi imej yang mengubah akar identiti bangsa,” ujarnya lagi.
Permohonan Maaf dari Sin Chew Daily
Sementara itu, Sin Chew Daily dalam kenyataan rasmi memohon maaf atas kesilapan teknikal tersebut dan menegaskan bahawa ia berlaku tanpa disengajakan.
Pihak akhbar itu juga memaklumkan bahawa pindaan segera telah dilakukan terhadap versi digital dan versi cetakan yang telah diperbetulkan akan diterbitkan semula hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm