Berita Berita
Shahnaz pangku tugas Ketua Polis Daerah Serdang

SERDANG 16 April - Superintenden Shahnaz Akhtar Haji kini memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah Serdang berkuat kuasa Rabu, menggantikan Senior Asisten Komisioner A A Anbalagan yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Kedah.
Pelantikan itu dimuktamadkan menerusi Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Menurut Hussein, pelantikan Anbalagan ke jawatan baharu itu mencerminkan keyakinan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebolehan dan kepimpinan beliau.
“Sejak memegang jawatan Ketua Polis Daerah Serdang pada 15 Jun 2021, beliau menunjukkan dedikasi tinggi serta memberi sumbangan besar dalam memperkukuh aspek keselamatan di daerah ini,” ujar beliau.
Dalam ucapannya, Anbalagan menyifatkan pelantikannya ke Cawangan Khas sebagai satu kepulangan semula ke akar umbi setelah lebih dua dekad berkhidmat dalam unit itu sebelum ini.
“Saya pernah berkhidmat selama kira-kira 22 tahun dalam Cawangan Khas, maka pelantikan ini seumpama sirih pulang ke ganggang,” katanya.
Beliau turut berkongsi pengalaman ketika menerajui IPD Serdang, termasuk cabaran awal menurunkan kadar indeks jenayah yang tinggi ketika itu.
“Dengan kerjasama semua pihak dalam IPD Serdang, kita berjaya menurunkan kadar jenayah dan mengekalkan pencapaian itu hingga hari ini. Saya amat bersyukur atas komitmen padu seluruh warga pasukan,” katanya mengakhiri ucapan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm