Berita Berita
Insiden bendera China: Razman digantung 6 bulan hadir sidang DUN

IPOH 16 April — Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang negeri, Razman Zakaria daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta.
Usul tersebut dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow dan disokong ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dalam persidangan yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Penggantungan itu diputuskan selepas majoriti ADUN bersetuju menyokong laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang sebelum ini merujuk Razman berhubung kenyataan palsu yang didakwa dibuatnya pada 2 Disember tahun lalu.
Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol dituduh mengeluarkan tuduhan tidak berasas berkaitan insiden pengibaran bendera negara China di Teluk Intan dan mengaitkan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming serta ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong dalam isu berkenaan.
Keputusan penggantungan diumumkan Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid sebelum mengarahkan Razman keluar dari dewan.
“Setelah seorang YB digantung dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta, maka ADUN Gunung Semanggol tidak lagi menjadi sebahagian daripada dewan ini. Oleh itu, YB tidak mempunyai sebarang hak dalam dewan. Saya mohon YB tinggalkan dewan sekarang,” katanya.
Bagaimanapun, sebelum beredar, Razman sempat menyampaikan ucapan ringkas penghargaan kepada Speaker, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad serta rakan-rakan ADUN kerajaan dan pembangkang, selain mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf atas sebarang kekhilafan.
Untuk rekod, pada awal bulan lalu Razman turut digantung sementara daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi PAS Perak oleh kepimpinan pusat parti susulan beberapa isu termasuk kontroversi membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm