Berita Dunia
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah

PHNOM PENH 16 April - Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menyertai pemimpin serantau lain dalam menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sambil mengenang jasa serta legasi yang ditinggalkan tokoh negara itu.
Menerusi sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Hun Manet memuji kepimpinan Tun Abdullah yang disifatkan sebagai memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin unggul Malaysia dan sahabat akrab kepada Kemboja,” katanya seperti dilaporkan Agence Kampuchea Presse.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Kemboja, saya merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Malaysia, dan khususnya kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atas kehilangan besar ini.”
Hun Manet turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan bersemadi dengan tenang.
Tun Abdullah, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin lalu pada usia 85 tahun.
Jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara semalam, mengikut Istiadat Pengebumian Negara sebagai penghormatan tertinggi atas jasa baktinya kepada negara. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
March 30, 2025, 10:22 am