Berita Dunia
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah

RIYADH 16 April - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, menyampaikan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, susulan pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam perutusan takziahnya, Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci turut menyampaikan simpati kepada keluarga Allahyarham dan seluruh rakyat Malaysia, selain mendoakan agar Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang berterusan.
Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman, turut menyampaikan perutusan takziah secara berasingan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perutusannya, Putera Mahkota menzahirkan rasa dukacita terhadap pemergian Tun Abdullah, serta menyampaikan simpati mendalam kepada keluarga Allahyarham dan kepimpinan negara. Beliau turut mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah selamat disemadikan dengan penuh penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, sekitar jam 2.30 petang semalam.
Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam Isnin lalu pada usia 85 tahun. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
March 30, 2025, 10:22 am