TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis minta bantuan cari lelaki hilang selepas naik e-hailing di PJ

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 April - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja di sebuah premis di sini dengan menaiki kenderaan e-hailing sejak kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd Fauzi Mohd Johan, 57, pada 12.28 tengah malam tadi. 

Lelaki berkenaan didakwa kali terakhir dilihat berada di Sutera Damansara, di sini, jam 9 pagi, Isnin lalu sebelum keluar bekerja di sebuah premis di Petaling Jaya dengan menaiki kenderaan e-hailing, katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan Mohd Fauzi diminta hubungi 013-2860448 atau 03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

+ - reset