TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei

By
|
Kongsi
image

SINGAPURA 16 April - Parlimen Singapura dibubarkan hari ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 3 Mei 2025, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan itu dibuat oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam atas nasihat Perdana Menteri Lawrence Wong.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen, meningkat berbanding 93 kerusi sebelum ini. Peningkatan ini dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya.

Lebih 2.75 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Wong menjelaskan bahawa pilihan raya ini penting bagi membolehkan rakyat menentukan kepimpinan negara dalam suasana global yang semakin tidak menentu.

“Keadaan dunia kini bergolak dan tidak stabil. Rakyat perlu memilih pasukan yang akan menerajui negara dan merancang hala tuju kita bersama,” katanya.

Ini merupakan PRU pertama bagi Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), selepas beliau mengambil alih jawatan daripada Lee Hsien Loong pada Mei tahun lalu dan menjadi ketua parti pada Disember.

Wong juga mengesahkan akan mempertahankan kerusinya di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee bersama pasukan sedia ada iaitu Zaqy Mohamad, Alex Yam, dan Hany Soh. - Media Telus

+ - reset