Berita Jenayah
Lelaki parah ditikam parang di pusat beli-belah Seremban, disyaki ada unsur dendam

SEREMBAN 15 April - Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera parah selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian mengejutkan di sebuah pusat beli-belah di sini, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 malam dan dipercayai berpunca daripada unsur gangsterisme serta dendam lama.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan mangsa sedang berehat sambil merokok sebelum dikejutkan dengan kehadiran beberapa suspek yang berlari dari arah eskalator. Salah seorang daripada mereka bertindak melibas mangsa berkali-kali menggunakan parang.
“Mangsa tidak sempat melarikan diri dan mengalami kecederaan di kedua-dua lengan, belakang badan serta kaki kanan. Bagaimanapun, dia dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Tambah beliau, rakan mangsa yang berada berhampiran bertindak menyelamatkan mangsa selepas kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.
“Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Tharvin di talian 019-3666048 atau hadir ke balai polis berhampiran,” ujar beliau. - Media Telus
Berita berkaitan
April 16, 2025, 2:12 pm
Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban
April 15, 2025, 3:39 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai
April 15, 2025, 10:03 am
Kerani rugi RM1.06 juta ditipu scam pelaburan tak wujud
April 14, 2025, 12:02 pm
Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar
April 14, 2025, 10:31 am
Lelaki terlibat kes culik remaja maut ditembak polis di Klang
April 11, 2025, 11:19 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok miliki dadah, vape
April 9, 2025, 5:28 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah disunting guna teknologi AI
April 9, 2025, 5:21 pm
Ibu ditahan kerana disyaki dera anak perempuan umur 11 tahun
April 9, 2025, 11:38 am