Berita Hiburan
Sharifah Sakinah sahkan sudah berkahwin buat kali ketiga minggu lalu, enggan dedah identiti suami

KUALA LUMPUR, 14 April – Pelakon, Sharifah Sakinah mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di ibu kota minggu lalu.
Majlis itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis.
Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Sakinah, selepas bercerai dengan suami keduanya, Michael Hansen yang berasal dari Sweden pada penghujung tahun 2023. Mereka bernikah pada 2021 namun tidak dikurniakan anak.
Sharifah Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti suaminya atas alasan peribadi.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat kongsi identiti suami atas sebab-sebab peribadi. Saya juga sedang mencari masa yang sesuai untuk umumkan perkara ini secara lebih terbuka kepada semua termasuk media,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, Sakinah mengenali suaminya itu lebih empat tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam majlis akad nikah tersebut, Sakinah tampil anggun mengenakan busana putih dengan tema putih keemasan.
Sebelum ini, beliau pernah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
March 4, 2025, 1:43 pm