TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar

By
|
Kongsi
image

 

SEBERANG PERAI, 14 April – Polis kini sedang giat mengesan baki individu yang terlibat dalam insiden pembunuhan seorang lelaki warga Myanmar dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata pihaknya telah mengenal pasti enam individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut, terdiri daripada dua warga Myanmar dan empat rakyat tempatan.

Menurut Hamzah, siasatan kes berkenaan mengambil sedikit masa kerana ia turut menarik perhatian umum dan melibatkan pengumpulan keterangan yang perlu dilengkapkan dengan teliti. Sehingga kini, tiada tangkapan baharu dilakukan, namun usaha mengesan suspek masih diteruskan.

"Beberapa lagi individu, termasuk warga asing dan tempatan, masih dikesan dan kesemuanya dipercayai berada di luar Pulau Pinang, namun masih dalam negara. Kita juga telah meminta bantuan pihak Bukit Aman bagi mengesan mereka," katanya ketika dihubungi media.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa mangsa, seorang pengurus restoran nasi kandar yang juga warga Myanmar, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan bermotifkan dendam. Kes itu turut mendapat perhatian masyarakat kerana berlaku di tempat awam dan melibatkan tindakan keganasan secara terbuka. - Media Telus

+ - reset