Berita Jenayah
Lelaki terlibat kes culik remaja maut ditembak polis di Klang

KLANG 14 April – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Batu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, di sini awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika polis cuba menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu suspek, namun lelaki berusia 21 tahun itu bertindak agresif termasuk melawan arus dan melanggar kenderaan polis dalam usaha melarikan diri. Polis akhirnya berjaya memintas kereta terbabit sebelum berlaku kejadian tembak-menembak yang menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam penculikan seorang remaja di kawasan Avenue, Seremban pada 10 April lalu, kira-kira jam 5.45 petang. Kumpulan penculik tersebut telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa.
Mangsa kemudiannya dibebaskan di Nusari Bayu, Sendayan sekitar jam 8.30 malam pada keesokan harinya selepas sejumlah RM280,000 serta barangan kemas diserahkan sebagai tebusan.
Fadil memaklumkan, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek mendapati ia turut digunakan ketika melepaskan mangsa. Polis turut menemui sepucuk pistol semi auto jenis Colt dan sebilah parang dalam kereta tersebut. Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Dalam operasi susulan, polis berjaya menahan enam lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan tersebut, termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 31 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Sendayan, Negeri Sembilan.
Menurut Fadil, sebanyak RM230,000 wang tebusan berjaya dirampas semula, manakala barangan lain masih dalam proses semakan pihak polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian penuh sindiket penculikan berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 16, 2025, 2:12 pm
Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban
April 15, 2025, 3:39 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai
April 15, 2025, 3:07 pm
Lelaki parah ditikam parang di pusat beli-belah Seremban, disyaki ada unsur dendam
April 15, 2025, 10:03 am
Kerani rugi RM1.06 juta ditipu scam pelaburan tak wujud
April 14, 2025, 12:02 pm
Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar
April 11, 2025, 11:19 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok miliki dadah, vape
April 9, 2025, 5:28 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah disunting guna teknologi AI
April 9, 2025, 5:21 pm
Ibu ditahan kerana disyaki dera anak perempuan umur 11 tahun
April 9, 2025, 11:38 am