TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Banjir kilat: Lelaki maut disyaki terkena renjatan elektrik di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 11 April - Seorang lelaki ditemukan maut dalam kejadian banjir dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian ini kira-kita 10:51 pagi daripada orang awam.

"Siasatan awal mendapati premis tempat mangsa ditemukan adalah sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan dan turut dijadikan tempat tinggal mangsa. 

"Pemeriksaan lanjut dalam premis mendapati ada satu mayat seorang lelaki warganegara Sri Lanka berusia 27 tahun. 

"Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan memakai t-shirt warna merah berlengan pendek dan memakai seluar pendek warna coklat dalam air. Turut ditemui seekor anjing yang turut mati dipercayai akibat renjatan elektrik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan ke atas mayat selepas Tenaga Nasional Berhad(TNB) mematikan bekalan elektrik di premis berkenaan mendapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan lain.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi tujuan bedah siasat.

"Siasatan dijalankan di bawah Sudden Death Report (SDR). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Bin Che Ibrahim di talian 016-9537372," katanya.

+ - reset