Berita Berita
AADK, SPRM jalin kerjasama perangi dadah dan rasuah di tempat kerja

PUTRAJAYA 11 April - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memeterai Nota Kerjasama bagi melaksanakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) sebagai sebahagian usaha memperkukuh integriti dan membanteras gejala sosial di tempat kerja.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh, berkata kerjasama strategik ini merupakan yang kedua dalam tempoh lima tahun dan bertujuan menangani isu penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan.
“Kerjasama ini akan membantu membudayakan integriti dalam organisasi, selain memastikan pelaksanaan program selaras dengan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nota kerjasama berkenaan ditandatangani oleh Ruslin bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Menurut Ruslin, menerusi kerjasama ini, AADK akan melaksanakan pelbagai inisiatif di premis SPRM, termasuk penyampaian mesej pencegahan, ujian saringan air kencing, serta program pemulihan untuk pegawai yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang.
Selain itu, Ruslin turut mengumumkan kejayaan Unit Integriti AADK yang telah meraih pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO QMS 9001:2015 daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) tahun ini.
Pensijilan tersebut merangkumi dua skop utama iaitu pengurusan aduan dan pengurusan siasatan integriti, sekali gus menjadikan Unit Integriti AADK sebagai yang pertama di negara ini meraih pengiktirafan tersebut tanpa sebarang Laporan Ketidakpatuhan (NCR) atau Peluang Penambahbaikan (OFI).
“Kejayaan ini membuktikan kesungguhan AADK dalam meningkatkan tadbir urus mengikut standard antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada unit integriti agensi lain di Malaysia,” tambahnya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm