Berita Berita
Banjir kilat: Mangsa di Petaling, Klang cecah 1,000 orang, 6 PPS dibuka

KUALA LUMPUR 11 April - Mangsa banjir melanda daerah Petaling dan Klang kini mencecah 1,000 orang dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, bagi daerah Petaling, selain Dewan Kenanga Seksyen 28 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 16; Dewan Camelia, Putra Height turut dibuka untuk penempatan mangsa banjir.
Beliau berkata, bagi daerah Klang, tiga PPS dibuka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Dewan Azalea, Taman Seri Muda dan Dewan Bunga Bakawali Seksyen 35.
"Proses pemindahan, pendaftaran dan bancian mangsa banjir sedang berjalan di semua PPS. Maklumat semua mangsa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
"Kita pindahkan mangsa terlebih dulu, apabila hujan reda dan banjir pulih, kita aturkan sukarelawan untuk bantu kerja pembersihan.
"Mungkin ada juga bantuan kewangan (dari kerajaan negeri) tetapi ini akan disalurkan yang berdaftar di PPS. Jika masuk PPS kita akan urus bantuan sumbangan kewangan untuk mangsa," katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan terjejas di Kampung Padang Jawa di sini, hari ini.
Mengulas mengenai situasi banjir di kawasan Kampung Padang Jawa katanya, meskipun tiada kemalangan jiwa namun ramai keluarga terjejas termasuk harta benda seperti kenderaan dan sebagainya.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita akan melaksanakan penyelarasan bagi proses pemindahan mangsa dan keselamatan penduduk.
"Kita berharap penduduk terjejas akibat banjir mendengar arahan jika diarah pindah sebab kita hendak mengelakkan kemalangan jiwa dan insiden buruk berlaku," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan negeri sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika hujan berterusan.
"Jika malam ini hujan lebat lagi, kita perlu ambil lagi susulan terutamanya bagi membantu pemindahan mangsa," katanya.
Hujan lebat sejak kira-kira 2 pagi tadi mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini terutamanya daerah Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm