Berita Berita
Tragedi Putra Heights: 81 rumah musnah sepenuhnya akan dibina semula SPNB, kerajaan tanggung sepenuhnya

KUALA LUMPUR 11 April – Sebanyak 81 buah rumah yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights akan dibina semula oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata, daripada jumlah itu, 48 unit melibatkan kediaman di Taman Putra Harmoni manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.
Projek pembinaan semula ini merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemulihan dan Pembinaan Semula yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Namun begitu, Mohd Jamil menjelaskan bahawa model rumah yang akan dibina masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan.
“Laporan penuh SPNB dijangka siap minggu depan. Sebelum pembinaan dimulakan, kami akan mengadakan pertemuan dengan pemilik rumah dan tuan tanah bagi mendapatkan persetujuan mereka terhadap cadangan yang dikemukakan,” katanya kepada *Buletin TV3*.
Setakat ini, tiga sesi mesyuarat pengurusan telah diadakan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi berkaitan, termasuk beberapa lawatan ke tapak kejadian.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa kontraktor akan dibawa ke lokasi esok untuk memberikan pandangan serta cadangan bagi pelaksanaan projek pembinaan semula tersebut.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm