Berita Berita
Kerajaan pertimbang semula kadar pembiayaan PTPTN – PM

GOMBAK 11 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kerajaan bersedia untuk menilai semula kadar pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar institusi pengajian tinggi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuat kajian terhadap keperluan itu. Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa sebarang peningkatan kadar pembiayaan berisiko menambah beban hutang terkumpul PTPTN yang kini mencecah hampir RM40 bilion.
“Insya-Allah, kita akan meneliti semula kadar pembiayaan PTPTN. Tetapi perlu diingat, jumlah hutang semasa PTPTN adalah hampir RM40 bilion, dan jika kadar pembiayaan dinaikkan, ia boleh mendorong jumlah itu meningkat kepada RM50 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar dalam sesi program Meet Anwar @IIUM yang berlangsung di sini hari ini.
Walaupun berdepan kekangan kewangan, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited membantu pelajar yang benar-benar memerlukan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm