Berita Berita
Peniaga burger dipenjara 7 bulan, culik gadis OKU dari taman permainan di Melaka hingga ke Kedah

MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah menculik seorang gadis orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dari taman permainan di Bukit Rambai Idaman, di sini, minggu lalu.
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Sukri Daud, 40, yang membuat pengakuan bersalah sejuruh pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa didapati telah melarikan gadis berusia 18 tahun itu dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3 petang di taman permainan Taman RI 1, Bukit Rambai Idaman dalam daerah Melaka Tengah, pada 5 April lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam S. Amritpal Singh merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan anak guamnya hanya seorang peniaga burger dan perlu menyara tiga anak yang masih kecil selain telah insaf.
Pendakwaan dikendalikan Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius serta membabitkan mangsa yang merupakan individu OKU.
Dalam laporan Komso, selepas mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tujuh bulan penjara daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 7 April lalu.
Media pada 7 April lalu melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melarikan gadis OKU berusia 18 tahun dari Taman Rambai Idaman sehingga ke Kedah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 4 pagi, di Jalan Jati, Sungai Petani.
Katanya, suspek berusia 40 tahun itu disyaki melarikan mangsa menggunakan Perodua Kelisa bewarna Perak ketika gadis itu keluar bermain di taman permainan.
Pada hari kejadian suspek juga telah membawa mangsa ke beberapa lokasi termasuk Seremban, Negeri Sembilan, Ipoh, Perak dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum ke kampung lelaki itu di Baling, Kedah.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm