Berita Berita
Zahid: Dakwaan TCO oleh Ahmad Samsuri cubaan raih simpati PRK Ayer Kuning

KUANTAN 11 April - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bahawa beliau ditandakan di bawah status Travel Control Office/Order (TCO) oleh pihak berkuasa sebagai cubaan meraih simpati menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sudah pun menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk tindakan sedemikian.
“Mungkin dia nak mohon simpati sebab PRK Ayer Kuning. Menteri Dalam Negeri dah kata tak ada… kenapa nak timbulkan isu ini,” katanya selepas melancarkan Akademi Rel Pahang (ARP) di Dewan Yayasan Pahang, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Semalam, Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS, mendakwa dirinya ditanda dengan status TCO sejak pertengahan tahun lalu. Menurut beliau, TCO merupakan penandaan dalam sistem keselamatan terhadap individu yang dianggap ‘berisiko’ walaupun tiada bukti kesalahan sah.
Namun, Saifuddin menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa tidak perlu mengintip pergerakan Ahmad Samsuri kerana beliau sentiasa dikawal oleh anggota polis sebagai Menteri Besar. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm