Berita Berita
PDRM kenal pasti individu berpotensi cetus provokasi sepanjang PRK DUN Ayer Kuning

TAPAH 11 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa individu yang cenderung mencetuskan provokasi sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan bermula esok.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, walaupun individu tersebut tidak dihalang daripada menghadiri acara kempen, mereka diingatkan agar mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Beliau memaklumkan bahawa kebimbangan utama pihak polis adalah kehadiran pihak luar yang membantu kempen, kerana penduduk tempatan kebiasaannya mampu menjaga tingkah laku mereka. Dalam masa yang sama, beberapa lokaliti panas telah dikenal pasti dan PDRM sudah merangka langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.
PDRM turut menasihatkan semua pihak, terutamanya penyokong parti politik, agar tidak menyentuh isu-isu 3R iaitu raja, agama dan kaum sepanjang tempoh berkempen. Sebarang bentuk kempen yang menyentuh isu tersebut akan ditangani mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.
Datuk Noor Hisam juga mengingatkan semua pihak supaya berkempen secara berhemah dan profesional, tanpa membangkitkan kegusaran awam. Beliau turut menggesa orang ramai agar mematuhi peraturan lalu lintas dan membuat persediaan awal ketika keluar mengundi kelak.
Seramai 774 anggota polis akan digerakkan semasa hari penamaan calon, 732 petugas untuk tempoh berkempen, manakala 1,114 anggota akan ditugaskan pada hari pengundian. Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan pelantikan SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi sebagai Ketua Urusetia PDRM Perak bagi PRK DUN Ayer Kuning, manakala SAC Zaharudin Rasip dilantik sebagai jurucakap rasmi polis negeri.
Permit untuk kempen pilihan raya akan dikeluarkan selepas permohonan dibuka sebaik sahaja proses penamaan calon selesai. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm