TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 April - Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva kini hanya memerlukan tiga gol lagi untuk menewaskan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super yang ketika ini dipegang oleh Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.

Bergson yang kini mengumpul 104 gol selepas meledak lima gol ketika membantu JDT membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kini mencipta satu lagi rekod baharu dengan 31 gol musim ini – mengatasi rekod peribadinya sendiri iaitu 29 gol pada musim 2022.

Sebelum ini, rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Super dipegang oleh Ifedayo Olusegun dengan 26 gol (2021), yang kemudian dipadam oleh Bergson pada 2022.

Masih Berbaki Satu Peluang

Namun, peluang Bergson untuk mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bergantung kepada aksi terakhir menentang Kuching City di Stadium Negeri, Kuching minggu ini.

Dalam reaksinya, pemain berusia 33 tahun itu menyatakan beliau tidak terlalu memikirkan soal rekod peribadi.

“Apa yang penting adalah membantu pasukan dalam setiap perlawanan dan terus berusaha menjadi pemain yang lebih baik. Saya hanya mahu mengekalkan momentum, berlatih bersungguh-sungguh dan pastikan pasukan terus berkembang,” katanya.

Selain itu, fokus Bergson turut terarah kepada aksi final Piala Malaysia menentang Sri Pahang pada 26 April ini, serta misi menamatkan saingan liga tanpa kekalahan.

Calon Pemain Naturalisasi

Sejak menyertai JDT secara pinjaman pada 2021, prestasi konsisten Bergson menjadikan beliau antara nama yang disebut-sebut sebagai calon pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan Malaysia. - Media Telus

+ - reset