Berita Jenayah
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok miliki dadah, vape

SUNGAI GOLOK, THAILAND 11 April – Tiga lelaki warga Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand dalam satu operasi antidadah yang dijalankan di sebuah pusat peranginan di Sungai Golok kelmarin, selepas disyaki memiliki dadah jenis Eramin 5, pil ekstasi serta rokok elektronik (vape).
Ketiga-tiga suspek yang berusia 23, 27 dan 32 tahun itu merupakan antara 34 individu yang ditahan dalam operasi bermula jam 9.30 pagi, melibatkan kerjasama pihak polis, tentera dan pegawai daerah Sungai Golok.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Jadsadavit Inprapan, pemeriksaan mendapati suspek berusia 32 tahun memiliki vape dan dipercayai menyembunyikan serta mengedar barangan yang tidak diluluskan oleh pihak kastam.
“Sementara itu, suspek berusia 23 tahun ditahan selepas ditemui dengan tiga biji pil ekstasi dan dua biji pil Eramin 5, manakala seorang lagi suspek memiliki 10 biji pil Eramin 5 serta vape,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 31 individu lain yang merupakan warga tempatan turut ditahan dalam operasi tersebut, dengan 23 daripadanya didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan.
Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 16, 2025, 2:12 pm
Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban
April 15, 2025, 3:39 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai
April 15, 2025, 3:07 pm
Lelaki parah ditikam parang di pusat beli-belah Seremban, disyaki ada unsur dendam
April 15, 2025, 10:03 am
Kerani rugi RM1.06 juta ditipu scam pelaburan tak wujud
April 14, 2025, 12:02 pm
Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar
April 14, 2025, 10:31 am
Lelaki terlibat kes culik remaja maut ditembak polis di Klang
April 9, 2025, 5:28 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah disunting guna teknologi AI
April 9, 2025, 5:21 pm
Ibu ditahan kerana disyaki dera anak perempuan umur 11 tahun
April 9, 2025, 11:38 am