Berita Berita
Deposit 'cekik darah' sukarkan mangsa tragedi Putra Heights dapat rumah sewa – Saifuddin

SUBANG JAYA, 10 April – Mangsa insiden letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights baru-baru ini berdepan kesukaran mendapatkan kediaman sementara akibat bayaran deposit tinggi yang dikenakan oleh pemilik rumah, meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kerajaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah menawarkan pelbagai inisiatif termasuk pembiayaan sewaan sehingga enam bulan, pemilik rumah masih mengenakan syarat bayaran pendahuluan dua hingga tiga bulan sewa.
“Walaupun banyak inisiatif disediakan, termasuk tawaran pembiayaan sewa selama enam bulan, ada pemilik rumah yang masih mengenakan deposit tinggi. Ini menyukarkan mangsa, yang sedang berdepan ujian besar, untuk mendapatkan rumah sewa,” katanya semasa melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman.
Sebelum ini, kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.356 juta bagi menampung kos sewaan rumah untuk 613 keluarga yang terjejas dalam kejadian tersebut. Setiap keluarga akan menerima bantuan RM2,000 untuk tempoh enam bulan.
Saifuddin turut memaklumkan, seramai 361 mangsa daripada 95 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan. Menurutnya, jumlah itu meningkat berbanding 86 keluarga sebelum ini kerana beberapa PPS lain telah ditutup dan sebahagian keluarga memilih untuk berpindah ke situ.
“Pusat ini bersifat sementara sehingga mangsa mendapat penyelesaian tempat tinggal. Fokus kita adalah memastikan mereka selesa dan selamat, sambil memberi tumpuan juga kepada kesan psikologi khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya.
Beliau menambah, usaha pemulihan bukan hanya tertumpu kepada keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, tetapi juga kesejahteraan mental dan emosi mangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 443 urus niaga dan 291 khidmat nasihat telah dijalankan oleh kaunter bergerak bas Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di PPS tersebut.
Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk 172 gantian kad pengenalan, 249 sijil kelahiran, sembilan kad MyKid, tujuh sijil perkahwinan, dua sijil anak angkat, dua cetakan cip kad pengenalan, serta masing-masing satu sijil kematian dan sijil warganegara.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm